Sunday, March 28, 2010

Man Utd anti Islam?




TIDAK pernah terlintas hatta langsung tak terniat biar sekelumit pun di dalam hati ini untuk terlibat dalam kancah kontroversi. Apatah lagi berdebat ala 'perang dunia ke-2 di dalam blog kesayangan hamba ini. Paling tidak, ia hanya 'mencacatkan' wajah blog yg cantik & comel ini (terperasan bagus jap).

Tapi ada hamba Allah yang nampaknya kurang senang dengan entry Glory Glory Manchester United! Saya dalam entri tu dikatakan terlebih exited tak tentu pasal dan soalan pertama yang diajukan, kenapa nak bangga sangat dengan Manchester United? Bermacam-macam hujah dilontar untuk menggambarkan betapa buruknya pasukan Red Devil kesayangan hamba itu.







Jangan tanya apa motif gambar ni sebab saya pun tak tau.



Tidak mengapalah, sebab satu yang common bila masing-masing ada favourite team dan ada pandangan masing-masing. Tapi satu statement yang otak ni tak boleh nak terima sama sekali, walaupun saya cuba nak menaakul atas asas rasionalisasi.

Dia kata, Manchester Utd anti-Islam! Antara alasannya ialah - Man Utd mempunyai pemain seperti Nemanja Vidic iaitu seorang pemain Serbia - negara yang dikaitkan dengan pembunuhan masyarakat Islam Bosnia satu ketika dulu!

Dikatakan juga, setiap sen jersi Man Utd yang dibeli oleh umat Islam akan berakhir sia-sia kerana ia tidak memberi apa-apa makna kepada golongan mukmin.

Apa semua ini?

Secara jujur, saya tidak pernah menafikan hak kepada sesiapa sahaja untuk berhujah dalam kita bercakap soal dunia tanpa sempadan ni. Lagi2lah dalam blog mentah ni yang baru berusia tidak sampai sebulan pun. Kalau baby, belum pandai cakap pun, pandai menangis je. 'Mak' dia pun masih dalam pantang. Tapi biarlah hujah yang dilontar diisi dengan hujah bernas dan idea yang membina.

Tidak mengapalah, saya memujuk hati ini untuk tidak berasa kecil hati kerana saya hanya peminat setia kepada sebuah pasukan bola sepak. Sama seperti mereka yang meminati team seperti Liverpool, Arsenal, Chelsea dan lain2 *apa motif Chelsea letak last?* sila ke perenggan seterusnya.

Nak letak juga pasal ni - saya juga sama seperti peminat pasukan lain seperti Red Giant dan Red Warriors (T___T)

Tengok, takde muka kecik ati pun kan! *wink*

Memandangkan ini blog saya, maka saya dengan bangga untuk mengatakan saya tetap peminat no ke berapa juta ntah Manchester Utd di seantero dunia - walaupun papa sejak dulu bertungkus-lumus mempertahankan pasukan pebretnya tidak lain tidak bukan, Liberverpool.

Saya juga tidak pernah menerima komisen pembelian tiket stadium Old Trafford. Saya juga tidak pernah menyesal berjaga sampai awal pagi untuk melihat game Man Utd - walaupun ada masanya kalah teruk. Saya juga tidak menyesal membelanjakan duit raya tertinggi pernah saya terima pada tahun 2003 untuk membeli jersi Man Utd sbg hadiah besday bestfriend saya yang merengek-rengek mahu dibelikan jersi tersebut - walaupun saya sendiri belum memilikinya.


Tapi tidak bermakna jika selepas ini anda mengaku sebagai kawan baik saya maka akan dibelikan sehelai jersi.

Ya, saya peminat Manchester Utd, walaupun siapa dan dari negara mana asal pemainnya. Saya tidak cintakan pemainnya, saya cintakan bola sepak. Saya dambakan hebatnya strategi dan keindahan bola sepak - walaupun ada kalanya saya tidak ubah seperti lagak 'jantan bertudung' ketika meraikan gol Man Utd ketika tengok game di kedai Mamak dekat rumah Anne.

Ya, itu juga sebahagian daripada bola sepak.


Entri ini tidak lebih dari sekadar perkongsian pandangan. So, jika hamba Allah berkenaan terbaca entri ini, jangan tersalah anggap atau melihat ini sebagai provokasi sebab saya bukan sesiapa untuk berbuat mcam tu.

Saya hanya peminat bola sepak. Itu saja.

Thursday, March 25, 2010

My Follower, Jamal Abdillah, Teh Cangkir & biskut Marie..




Morning! sedang minum teh O cap Cangkul Cangkir pemberian seorang bespren yang baru balik dari Sabah. Memang sedap. Sekadar berkongsi, ia lebih sedap dengan biskut Marie yang dicicah dalam teh panas tersebut. Sila berus gigi dulu, terima kasih.

PERHATIAN: Jangan cicah lama2 biskut tersebut kerana kalau terlebih cicah akan jadi lembik lalu terendam dalam cup dan secara automatik rasa teh dan biskut menjadi tak lazat (T___T)

Lalu, blog ini dibuka dan tengok Ikin Cikli dah ada 27 follower! Wahhh! (sekadar ayat hiasan, sesungguhnya ia tidak diucapkan pun, percayalah). Tiba-tiba rasa macam nak nyanyi lagu Terharu dendangan Jamal Abdillah. Kepada geng-geng yang jadi pengikut blog muda ini, terima kasih banyak2, siyes sedang terharu ni. Sekali lagi ditekankan, saya sedang terharu ni.

Gembira hingga nyaris terperasan jadi artis yg dah ada keluar 27 album pastu nak buat konsert tour, pastu sign auotograf peminat. pastu nak jadi model gula getah dan aiskrim..pastu kan. Ikin, tolong diam.
*Harap ini bukan simptom kesan campuran teh cangkir dan biskut Marie ini*

Apapun, blog yang baru berusia tidak sampai sebulan jagung ni sudah mula mengajar saya bahawa walaupun apa dan bagaimanapun perasan kita - suka, sedih marah atau kecewa - ramai di luar di sana yang mahu menjadi kawan dan berkongsi rasa, sikap dan celoteh manusia yang bermacam ragamnya.

Syukur. Moga dengan itu, kita sama-sama sentiasa mahu berusaha menjadi manusia yang lebih baik.


So, kepada yang lain, sudikah anda juga menjadi kawan saya? :)

Huh??! teh Cangkir telah menenggelamkan biskut marie i! Waaaaaaaa!

Monday, March 22, 2010

Glory Glory Manchester United!

Manchester United beat Liverpool 2-1

SEPERTI jutaan penyokong Man United di seluruh dunia, Ikin turut sama meraikan dengan penuh bangga (ketika ini menaip dengan sungguh bersemangat) kemenangan pasukan favourite ke atas Liverpool malam tadi. Thanks for Rooney and Park Ji Sung superb goal.


Tiba-tiba mahu jatuh cinta dengan Rooney.


Pastu tak jadi jatuh cinta.

Rooney n Coleen



Pastu kegembiraan itu ditopup pula dengan khabar Chelsea - musuh longgar Man United - sekadar seri 1-1 dengan Blackburn Rovers. (rasa macam nak beli jersi blackburn and pakai depan Chelsea fans) hehe.

Sorry kepada Anne dan Efa yang dipaksa meminati Chelsea oleh pakwe mereka. Sila kasihan kepada mereka.

Takpe Anne dan Efa, nanti kita join ManU silent fan mode club (jangan cari kat web, sumpah takde).

Thursday, March 18, 2010

Fobia : Pinangan ditolak kerana botak?



BARU-BARU ini terima panggilan dari seorang kawan lama. Happy sangat sebab memang dalam lama tak jumpa. Panjang kami bersembang sehinggalah sampai topik yang membuat saya terkejut. Maka dipendekkan cerita, kawan ni bagitau pasal adik dia yang menolak pinangan lelaki pilihan keluarganya. Alasannya kerana lelaki tu botak.

AMARAN (sila takut) : Cerita ini tidak berniat untuk menyinggung mana-mana individu;kumpulan atau yang dinamakan atau dinamasamarankan sebagai botak atau sesiapa juga yang ada kaitan dengan perkataan botak. Bukan salah bukit yang botak. Juga bukan salah tayar kereta Ikin yang dah botak. Cukup Ikin, dah merapu!


Juga bukan salah Vin Diesel yang botak tetapi tetap ensem


Ya, bukan juga salah Beckham yg kelihatan sejuk atau cool ketika botak


Baiklah, disambung cerita tadi. Kawan tu kata, lelaki itu agak kacak, berusia 30-an dan kerja pula boleh tahan. Diceritakan juga, adik kawan itu pada mulanya kata "ikut mak lah" tetapi selepas melihat gambar lelaki tersebut, maka dia ubah fikiran. Katanya, dia fobia melihat lelaki botak. Lantas, pinangan itu ditolak.

Honestly, saya tidak melihat ini sebagai cerita lucu. Harus diakui memang wujud penyakit fobia yang bermacam-macam jenis tingkah dan sifatnya. Macam saya sendiri, saya agak takut pada ketinggian, tapi suka tengok ketinggian, maksudnya dari bawah suka tengok bukit-bukit cantik or menara tinggi (bukan menara telekomunikasi ok!, bukan juga menara gading)

Kat sini, sempat saya godek-godek info pasal jenis - jenis fobia yang kita boleh kongsi. Tidak sangka pula ada juga orang fobia tengok wanita. Ada juga yang takut pada perkahwinan. Even worse, ada yang takut pada segala-galanya! So, adakah anda sebahagian daripada kategori-kategori ini?

1. Keraophobia: Takut pada petir.

2. Gamaphobia: Takut pada perkahwinan.

3. Koniphobia: Takut pada debu.

4. Gynephobia: Takut pada wanita.

5. Leukophobia: Takut pada warna wanita.

6. Alliumphobia: Takut pada bawang putih.

7. Latrophobia: Takut berjumpa doktor.

8. Misophobia: Takut pada kotoran.

9. Pediculophobia: Takut pada kutu.

10. Pentheraphobia: Takut pada ibu mertua.

11. Klaustrophobia: Takut pada ruang tertutup.

12. Ailurophobia: Takut pada kucing.

13. Achluophobia: Takut pada tempat gelap.

14. Akrophobia: Takut pada tempat tinggi.

15. Bathonophobia: Takut pada kedalaman.

16. Anophobia: Takut pada segalanya.

Wednesday, March 17, 2010

Come on lah!



TIDAK tahu untuk ke berapa kalinya, coretan akhbar buat hati saya menangis. Bukan hendak nak bagitau betapa sensititifnya hati yg agak gila-gila ini, tapi bagi manusia yg masih berpegang kepada keluhuran dan kesucian kasih sayang, mereka pasti berkongsi rasa yang sama.

Tajuknya sudah cukup buat hati berbahang - Lagi Mayat Bayi Ditemui - Saya tak berhajat nak ulas panjang-panjang. Sekadar untuk renungan bersama. sila
Klik sini

Ada apa pada tajuk?




Fuhhh..sukar dipercayai, dekat 1jam saya tercanguk fikir tajuk apa untuk post saya yang pertama ni. Nasib baik boleh tekan backspace je untuk delete, kalau pakai typewriter, dah cukup 1 katon kertas terkorban sia2. Lantas, bercakap pada diri sendiri: "Amik kau, ingat senang nak jadi blogger? "


Tinggalkan soklan tu tak berjawab, bukan soklan periksa pun kan. Wajar utk diakui, saya bukan jenis yang suka menulis. Nak start tu yang payah, ingat lagi masa SPM dulu, masa kertas karangan BM siap jeling2 kertas mamat seblah kot boleh dapat idea. Pastu mamat tu dengan angkuhnya menutup halaman kertas jawapannya dengan tangan. Aduiiii..malu beb!


Nah, seperti yg tertera di atas, tajuk post ni kononnya mempersoalkan perlu ke semua penulisan ada tajuk. Realitinya, memang taktau nak letak tajuk ape. huh! Tapi 3 perenggan utk post saya yg pertama, rasanya ok la kot (amik ati sendiri).

Sekian (eh..ni kira 4 perenggan la. hihi!)

Related Posts with Thumbnails