KALAULAH ada 'Award Blogger Paling
Kot-kot kalau reporter Melodi tanya, saya dengan konpiden akan cakap (masa ni sambil tunjuk peace kat camera utk tatapan org kampung) : "Saya yakin menang berkat doa peminat, doakan kejayaan saya". *Ya, sila meluat*
Entah, kenapa begitu malas + kontang idea untuk menulis entri baru. Tapi terus terang, di sebalik kemalasan itu, blog ini hari-hari dibuka cuma tidak di-update. Dan setiap kali dibuka, ia tidak pernah mengecewakan saya, ada sahaja perkara menarik & menggembirakan dari geng2 blogger.
Ya, selepas merepek dengan kata2 di atas, sudah tibalah masa diumumkan motif sebenar entri ini.
Saya dengan bangga dan sukacitanya mengumumkan saya telah menerima award pertama saya. Berdasarkan pemerhatian rambang, award itu saya terima sambil kembang idung sebagai simbolik kebanggaan. *Gambar kekembangan idung tidak disiarkan atas sebab keselamatan*
Award tersebut saya terima dari kak fisa othman - antara blogger friendly yang pernah saya jumpa. (terbodek di situ). Terima kasih banyak2 kak. Walaupun tidak akan dicetak dalam buku sejarah sekolah rendah atau menengah, tapi nama akak diingati sebagai orang pertama bagi award utk blog cabuk ini. Sila terharu kak.
So, saya nak memenuhi syarat tag yang sudah ditetapkan dalam perlembagaan tag-mentag ini. Sila amati dengan sungguh2 ok.
1. Thank and link the person that give u the award:
Dah tadi tapi nak cakap lagi terima kasih kepada kak fisa. Beliau sangat baik hati dan ada anak comel bernama irfan *terbodek lagi, harap kak fisa faham* :)
2. Pass this award to 20 bloggers that u recently discovered and think fantastic:
Tak dapek nak cari sampai 20 la kak - minta ampun. Maklumlah, i ni kira baru dan kebanyakan blogger yang dikenali dah dpt macam-macam award. Tapi yang kat bawah ini kira blogger yang tidak pernah mengecewakan ikin. Mereka pasti memberi kunjungan balas setiap kali kita singgah kat page dorang. So kawan-kawan lain, sila kenali mereka. Tak rugi!
Tapi saya tidak tahulah pengalaman korang tapi award pertama ni betul2 buat saya teruja. Pertama, boleh perasan macam boleh g karpet merah pastu dapat anugerah. Kedua, boleh jadi macam raja bagi anugerah kat orang lain pula.
Saya tahu perlakuan di atas seperti seorang yang kejakunan. Tapi biarlah, janji hati mau senang. Sebab itu saya kata, dunia blog yang baru saya masuk kira-kira sebulan lalu benar-benar memberi sesuatu yang lain. Ia selalu buat saya gembira.
Ohh..terima kasih.Terharunya..walaupun tak glamer tetap dapat award hehehe...thanks.
ReplyDeletealahai teruja tersipu dan ter ter hahaha
ReplyDeleteaward kali ke tiga ni
tq dear. nice to meet u
Kak jieda - memang wajib terharu. hehe
ReplyDeletealaa...dpt award tu kira glamer la tu. :)
Nuriz - memang ter ter ter sampai tak terkata dah ni. :) U r most welcome dear. keep in connect taw!