Thursday, March 25, 2010

My Follower, Jamal Abdillah, Teh Cangkir & biskut Marie..




Morning! sedang minum teh O cap Cangkul Cangkir pemberian seorang bespren yang baru balik dari Sabah. Memang sedap. Sekadar berkongsi, ia lebih sedap dengan biskut Marie yang dicicah dalam teh panas tersebut. Sila berus gigi dulu, terima kasih.

PERHATIAN: Jangan cicah lama2 biskut tersebut kerana kalau terlebih cicah akan jadi lembik lalu terendam dalam cup dan secara automatik rasa teh dan biskut menjadi tak lazat (T___T)

Lalu, blog ini dibuka dan tengok Ikin Cikli dah ada 27 follower! Wahhh! (sekadar ayat hiasan, sesungguhnya ia tidak diucapkan pun, percayalah). Tiba-tiba rasa macam nak nyanyi lagu Terharu dendangan Jamal Abdillah. Kepada geng-geng yang jadi pengikut blog muda ini, terima kasih banyak2, siyes sedang terharu ni. Sekali lagi ditekankan, saya sedang terharu ni.

Gembira hingga nyaris terperasan jadi artis yg dah ada keluar 27 album pastu nak buat konsert tour, pastu sign auotograf peminat. pastu nak jadi model gula getah dan aiskrim..pastu kan. Ikin, tolong diam.
*Harap ini bukan simptom kesan campuran teh cangkir dan biskut Marie ini*

Apapun, blog yang baru berusia tidak sampai sebulan jagung ni sudah mula mengajar saya bahawa walaupun apa dan bagaimanapun perasan kita - suka, sedih marah atau kecewa - ramai di luar di sana yang mahu menjadi kawan dan berkongsi rasa, sikap dan celoteh manusia yang bermacam ragamnya.

Syukur. Moga dengan itu, kita sama-sama sentiasa mahu berusaha menjadi manusia yang lebih baik.


So, kepada yang lain, sudikah anda juga menjadi kawan saya? :)

Huh??! teh Cangkir telah menenggelamkan biskut marie i! Waaaaaaaa!

8 comments:

  1. Salam Ikin...selamat datang ke dunia blog ni. Akak pun masa mula-mula dulu buat blog dulu terfikir juga adakah orang yang nak baca blog aku...adakah orang yang nak jadi kawan aku...macam2 akak fikir...dlm hati terdetik aku buat blog utk diri sendiri...kalau ada orang nak baca dah kira bonus. Sekarang rupanya ramai juga yang nak baca blog akak. Apa yang penting...kita mesti jadi diri sendiri.

    ReplyDelete
  2. Tq kak kerana dengan rela menjadi pengikut blog ni :). Yup, ikin setuju kerana personal blog yg bagus jg diukur dari cara orangnya mempotretkan dirinya dgn jujur. Ok kak, ada masa ikin akan menjengah blok akak slalu. :)

    ReplyDelete
  3. Hehe.. betul tu. totally agree. Blog yg jujur dan asli adalah blog yang bermutu. :)
    Apapun, usaha lagi tambah follower dan kawan2.
    Caiyok2

    ReplyDelete
  4. komen yg kedua dah ni..kenala belanja biskut marie tp yg ikin buat sendiri ya haha..selamat menyibukkan diri dgn blog

    ReplyDelete
  5. hai anata.. watashiwa zoul desu..
    ohaiyo gozaimasu.. apa aku mengarut nih..
    anyway.. thanks for the comment dan jom kita minum teh.. biskut saya sudah kambang... hi hi

    ReplyDelete
  6. "Apapun, blog yang baru berusia tidak sampai sebulan jagung ni sudah mula mengajar saya bahawa walaupun apa dan bagaimanapun perasan kita - suka, sedih marah atau kecewa - ramai di luar di sana yang mahu menjadi kawan dan berkongsi rasa, sikap dan celoteh manusia yang bermacam ragamnya."

    suke ayat akak yg ni.

    ReplyDelete
  7. Selamat maju jaya dlm dunia blogger nie..
    kena byj bersabar dan ikhlas dl berblog....

    babayzzzz....

    ReplyDelete
  8. entry yang simple tp buat sy tersenyum pagi2. teringat zaman mula2 berblog. =)

    oh ya, jemput komen header baru sy..baru berjinak2 dengan pembuatan header hehe..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails