Friday, April 2, 2010

Meratapi pemergian seorang Din Beramboi...




BERKALI-KALI saya bertanya kepada seorang rakan kesahihan SMS yang dihantarnya. ''Selepas bertarung nyawa beberapa hari, Din Beramboi akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi. Din Beramboi sudah tinggalkan kita. Al Fatihah".

Dapat SMS tu time drive nak balik rumah, terus berhenti tepi jalan. Entah, hati rasa terdesak sangat nak tahu betul atau tidak.


"Betul, Din baru meninggal," jawabnya ringkas dan dia sahkan dari seorang rakan wartawan. Dan saya percaya.

Sejak tengahari tadi, macam-macam cerita tersebar mengatakan Din Beramboi sudah meninggal dunia sehinggalah Bernama dalam laporan terkini lewat petang tadi menafikan khabar tu. Sedih sebab ada juga orang yang nak sebar benda2 yang tak sah, lagi2 soal ajal.

Tapi, Din Beramboi benar-benar sudah tinggalkan kita. Terus terang, saya bukanlah peminat setia arwah
tapi pemergian insan bernama Mior Ahmad Fuad Mior Badri membuatkan saya betul2 terkesan. Entahlah, mungkin kerana ia berlaku begitu tiba2.

Ya, mungkin juga kerana suaranya sudah begitu sinonim kat telinga hampir setiap pagi - menceriakan hari jutaan orang dengan celotehnya bersama Pak Nil di Radio Era.



Telatah gila2 Din Beramboi pastinya dirindui





Sudah lama dlm industri. Bakat dan kebolehannya semakin dihargai





Siapa boleh lupa style rambut ni yg dah jadi trademark arwah



Sekali lagi terkejut bila membuka acct Twitter Din Beramboi. Twitter terakhirnya membuatkan saya benar-benar terkesima. Sama ada ia suratan atau kebetulan, hanya Allah saja yang tahu. Ini antaranya:

TheRealBeramboi: Tanda2 ajal mula2 bahgian kaki berasa kebas2 kemudian bransur2 ke bhgian atas hingga ke nafas dan kluar selamanya.. Aku insaf!

TheRealBeramboi: Tak ramai yg dpt bertahan apabila di uji dgn kemewahan & ksenangan Yakni, kekayaan juga sebahagian ujian menuju kehancuran.. Hati2!

TheRealBeramboi: Sesape nk ganti aku tahun depan.. Dah x larat lagi nk buat klakar sbb dah berumur. Nak beribadah pula rasanya..

Masih ingat lagi laporan akhbar hari ini memetik kata2 isteri arwah bahawa Din teringin sangat ambil cuti selepas ABPBH untuk habiskan masa bersama keluarga. Lebih2 lagi habiskan masa bersama anak bongsunya yang menerima ciuman daripada Din setiap kali sebelum masuk tidur.



Apapun, itulah ketentuan ilahi. Takziah kepada keluarga arwah dan peminatnya di seluruh negara. Al-Fatihah..



9 comments:

  1. kata2 dalam twitter die tue memang suatu petanda...

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah...semoga roh nya dcucuri rahmat dan ditempatkan dengan org beriman...

    ReplyDelete
  3. al-fatihah..semoga roh arwah di cucuri rahmat. Amin~
    tersentuh hati baca status twitter arwah tu. huhu

    ReplyDelete
  4. Al Fatihah. Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. AMIN~

    **********************************************

    Hmm~ salam kenal. jalan2 kat sini. dah follow btw. Hit me back kayh :)

    ReplyDelete
  5. Al Fatihah. Semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. AMIN~

    **********************************************

    Hmm~ salam kenal. jalan2 kat sini. dah follow btw. Hit me back kayh :)

    ReplyDelete
  6. ya Allah.. mgkn Allah da bg ptnjuk..
    isyaAllah dia dah ad psiapan yg kte tak tahu~

    ReplyDelete
  7. me peminat beliau..sungguh sedih dan terasa kehilangannya..
    semoga beliau ditempatkan dikalangan org yg beriman..al-fatihah

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails